23 OKTOBER 2023 - YAYASAN AL-MAA'UUN (YAM), MENGORAK LANGKAH DENGAN MENERUSKAN 'PROGRAM BAKUL MAKANAN' (SIRI 2) ANJURAN BERSAMA PIHAK AMBANK ISLAMIC. PROGRAM PADA KALI INI BERLANGSUNG DI DEWAN TERBUKA SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KALA, MELOR, KELANTAN.
SERAMAI 25 ORANG MURID YANG TERDIRI DARIPADA GOLONGON ASNAF TERPILIH UNTUK MENJADI PENERIMA MANFAAT BAKUL MAKANAN PADA SIRI INI.TURUT HADIR KE PROGRAM INI PENGARAH URUSAN, USTAZ FAISAL ABDULLAH DAN PENGURUS PROGRAM SEJAHTERA KOMUNITI (PSK), ENCIK WAN AB. RAHMAN WAN HUSSEIN. SUMBANGAN BAKUL MAKANAN TELAH DISAMPAIKAN OLEH PENGURUS PSK KEPADA ANAK-ANAK DIDIK SK PADANG KALA.
GURU BESAR SK PADANG KALA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA PIHAK YAM DAN AMBANK ISLAMIC DIATAS PENYAMPAIAN DAN SUMBANGAN BAKUL MAKANAN KEPADA ANAK-ANAK SK PADANG KALA. KATANYA, PROGRAM SEBEGINI WAJAR DIADAKAN DAN DITERUSKAN UNTUK MEMBANTU GOLONGAN YANG KURANG BERKEMAMPUAN.