Surah Al-Maa’uun merupakan penegasan al Qur’an supaya umat Islam peka terhadap penderitaan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan juga supaya umat Islam saling tolong-menolong dan bantu-membantu dalam bentuk moral, semangat, kebendaan, sedekah wajib (zakat) atau lain-lain bantuan termasuk memberi pinjaman barang-barang dan lain-lain untuk menyelesaikan masalah umat.
Surah al Maa’uun ini telah menghasilkan cetusan dan gagasan kepada ABIM Negeri Kelantan untuk berusaha menterjemahkan maksud surah ini ke dalam bentuk amali dan tindakan. Idea itu mula berkembang semenjak tahun 1995 lagi dan kemudiannya menjadi kenyataan apabila sebuah Yayasan, YAYASAN AL-MAA’UUN (YAM) berjaya ditubuhkan dengan mengambil sempena surah ini pada 19 Julai 1997. Pada 27 Januari 1998 pendaftaran YAM diluluskan dan ia diperbadankan di bawah THE TRUSTEE’S (INCORPORATION) ACT. 1952 Ruj : 002/2/229 (YAM)