SANTUNI MASYARAKAT
BANTUAN EHSAN ASNAF
NUR RAMADHAN 1444H
Yayasan al-Maa'uun (YAM) ingin menjemput seluruh masyarakat dan umat islam bersama-sama kami untuk menyantuni lebih ramai lagi golongan asnaf, anak yatim dan mereka yang memerlukan melalui program 'Santuni Masyarkat Nur Ramadhan (1444H/2023 M) yang akan berlangsung sepanjang bulan Ramadhan tahun ini.
Nur Ramadhan ini telah dilaksanakan semenjak tahun 2020. Antara projek yang dilaksanakan ialah :
- Bakul Makanan Ramadhan
- Sumbangan Kepada Anak Yatim & Asnaf
- Baik Pulih Rumah Asnaf
- Iftar Ramadhan & Tadarrus al-Quran (Pelajar Asnaf & Tahfiz Rohingya)
BAKUL MAKANAN RAMADHAN
Sumbangan Barangan Keperluan Asas Kepada Asnaf
RM100 / 1 Bakul
Sasaran: RM 100 X 300 Orang= RM30,000
SUMBANGAN KEPADA ANAK YATIM & ASNAF
Sumbangan dan bantuan berbentuk wang ringgit kepada fakir miskin, anak yatim dan saudara baru
RM100 / 1 orang
Sasaran: RM 100 X 300 Orang= RM30,000
BAIK PULIH RUMAH ASNAF
Sumbangan kewangan untuk baik pulih rumah asnaf
RM5000 / 1 buah rumah
Sasaran: RM 5000 X 6 buah rumah= RM30,000
IFTAR RAMADHAN & TADDARUS AL-QURAN
Sumbangan untuk pelajar asnaf & tahfiz rohingya bagi jamuan berbuka puasa dan taddarus al-quran
Sasaran RM 30,000
SASARAN AGIHAN SUMBANGAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN
- Sasaran sumbangan Bakul Makanan untuk asnaf adalah sebanyak 300 Bakul dan setiap bakul dianggarkan bernilai RM 100. Ia beranggaran sebanyak RM 30,000 diperlukan
- Sasaran sumbangan bagi Anak Yatim & Asnaf (sumbangan duit raya) pula adalah sebanyak Rm30,000 bagi 300 orang (RM 100/ seorang).
- Sasaran sumbangan bagi projek Baik Pulih Rumah Asnaf juga adalah sebanyak RM 30,000 yang melibatkan sebanyak 6 buah rumah. (semasa dan selepas bulan Ramadhan)
- Sasaran sumbangan bagi Iftar Ramadhan & Tadarrus al-Quran (Pelajar Asnaf & Tahfiz Rohingya) juga adalah sebanyak RM 30,000 yang mana ianya melibatkan sebanyak 300 orang.
Untuk itu kami menjemput anda untuk bersama-sama kami menyantuni dan mencaknai lebih ramai lagi ANAK YATIM, ASNAF, & KOMUNITI MASYARAKAT yang memerlukan bantuan.
Bayangkan, betapa besarnya ganjaran pahala yang diperolehi dan saham akhirat yang dijana dengan sumbangan yang diberikan.
*Sumbangan ini akan diagihkan semasa dan selepas Ramadhan. Gambar di poster merupakan gambar aktiviti yang telah dilaksanakan pada tahun sebelumnya.
Sumbangan yang bakal anda hulurkan tentunya akan menggembirakan Rasulullah S.A.W. kerana membahagiakan anak anak yatim, asnaf dan mereka yang memerlukan adalah kegembiraan Baginda Nabi. Semoga kita semua dimurahkan rezeki, dirahmati dan diredhai oleh Allah SWT.
"SAHAJA AKU BERSEDEKAH HARI INI KERANA ALLAH TAALA"
JUMLAH SUMBANGAN YANG DIPERLUKAN = RM120,000